Operasi dan tugasan Pusat Aduan Pelancong
Masalah apa yang boleh saya laporkan?
Laporkan sekiranya terdapat perkara yang menyalahi undang-undang atau perbuatan salah yang disaksikan atau dialami oleh pelancong di Korea ketika menggunakan sebarang kemudahan awam ketika melancong.
※ Asas perundangan untuk operasi : Peraturan mengenai operasi Pusat Aduan Pelancong (Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Arahan no. 274)
- - Pertikaian Pelancong dan Perniagaan; sebarang kesalahan dan tindakan menyalahi undang-undang yang anda alami dalam perniagaan industri pelancongan, kemudahan awam dan pengangkutan yang digunakan oleh pelancong.
- - Tingkah laku tidak sopan dan perbuatan salah oleh pekerja dalam perniagaan berkaitan pelancongan.
- - Pertanyaan mengenai undang-undang yang berkaitan dengan pelancongan dan peraturan, notis dan keperluan SOP
- - Komen, pujian atau kata-kata penghargaan untuk membangunkan pentadbiran pelancongan.
- - Nama pengadu tiada atau butiran aduan tidak jelas atau palsu.
- - Aduan adalah bertujuan untuk memfitnah atau memalukan orang tertentu.
- - Mana-mana isu yang telah disahkan oleh mahkamah atau masih belum selesai.
- - Mana-mana isu yang telah dikendalikan oleh agensi penyiasatan atau agensi audit.
- - Mana-mana isu yang dibangkit semula atas ketidakpuasan terhadap agensi pentadbiran selepas membuat bantahan, tuntutan pemeriksaan atau tuntutan perbicaraan.
- - Pertikaian antara individu, pertikaian antara perniagaan, aduan mengenai syarikat yang berpangkalan di luar negara, atau aduan yang tidak berkaitan dengan aktiviti pelancongan.
- 1330 TRAVEL HELPLINE Maklumat lanjut, layari
1330 TRAVEL HELPLINE merupakan talian bantuan perkhidmatan awam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Untuk sebarang pertanyaan dan aduan berkaitan pelancongan Korea, sama ada sebelum atau ketika menginap di Korea, anda boleh mendapatkan bantuan di sini.
Sila dail 1330 jika berada di Korea Selatan) 1330 / Sila dail +82-2-1330 jika berada di negara-negara lain ➊Bahasa Korea ➋Bahasa Inggeris ➌Bahasa Jepun ➍Bahasa Cina ➎Bahasa Rusia ➏Bahasa Vietnam ➐Bahasa Thai ➑Bahasa Melayu/Bahasa Indonesia
- Polis pelancongMaklumat lanjut, layari
Dalam usaha untuk memberi bantuan dan meningkatkan kemudahan pelancong antarabangsa ke Korea, Polis Pelancong boleh didapati di pusat-pusat pelancongan utama. Pelancong yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan perkhidmatan mesra mereka, termasuklah tugas rondaan, melaporkan aktiviti menyalahi undang-undang ketika membeli-belah, menyelesaikan kesulitan yang dihadapi, memberikan maklumat berkaitan pelancongan dan sebagainya. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau isu berkaitan di atas, sila dapatkan bantuan daripada pegawai yang memakai jaket berwarna biru gelap dan beret hitam.
Melaporkan aduan pelancong
- Bagaimana untuk mengemukakan aduan pelancong
- Laman web, telefon, emel, poskad, faks
- Nombor telefon : 1330 (dari Korea Selatan), +82-2-1330 (dari luar negara)
- Alamat emel:tourcom@knto.or.kr
- Nombor faks:(033) 738-3734
- Laman web:www.touristcomplaint.or.kr
Prosedur


TRAVEL
HELPLINE Maklumat
lanjut, layari
pelancong Maklumat
lanjut, layari